Home
Press Release - Kerani Dihadap Ke Makamah PDF Print E-mail
17 Aug 2009

CYBERJAYA 17 OGOS- Seorang kerani didenda dua ribu ringgit di Mahkamah Sesyen Ampang, Jumaat lalu kerana tuduhan membuat penyambungan haram paip air ke rumahnya 16 Januari tahun lalu.

 

Hakim, Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rosliza Othman mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

 

Tertuduh berusia 33 tahun mengaku melakukan penyambungan haram itu di rumahnya di Rumah Pangsa Kos Sederhana Al Ridhuan, Hulu Kelang, Selangor.

 

Beliau dituduh mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Sabit Kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi 100 ribu ringgit atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Rosliza diwakili Florencia Sandasamy manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Shariful Azman Mustapa Yahya.

 

 Rosliza membayar denda yang dijatuhkan terhadapnya. Menurut fakta kes, tertuduh didakwa membuat penyambungan air dari paip perkhidmatan, Sejak 8 Januari 2008 tanpa sebarang kelulusan daripada pemegang lesen yang sah, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor, SYABAS.

Kes ini adalah merupakan kesalahan yang pertama yang disabitkan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang dikuatkuasakan sejak Satu Januari tahun lalu.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

17 OGOS 2009

 

 

 Download*

Kerani Dihadap Ke Makamah Kerana Penyambungan Paip Haram


Announcement Notices Articles Complaint Handover Project

Main Menu

Visitors

mod_vvisit_counterToday221
mod_vvisit_counterYesterday387
mod_vvisit_counterThis week1519
mod_vvisit_counterAll376720
Bless
1 Malaysia
Forum Air Malaysia
Enforcement
SPAN e-Complaint
SPR