Latar Belakang

SPAN adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

SPAN mengawal selia kesemua entiti dalam industri air dan pembetungan termasuk operator perkhidmatan bekalan air dan pembetungan awam, operator perkhidmatan bekalan air dan pembetungan persendirian, kontraktor bekalan air dan pembetungan, pemegang permit dan kelulusan produk bagi bekalan air dan pembetungan.

SPAN mengawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yangtelah berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.



Diterbitkan pada: 28 Dec, 2017