PERMOHONAN ATAS TALIAN E-PERMIT

1. Muat Turun Senarai Semak – Klik di sini


2. Permohonan Permit IPA Jenis B / C / D / E  – Klik di sini

3. Muat Turun Borang Penetapan Semula Kata Laluan – Klik di sini
    a) Lengkapkan butiran di dalam borang; dan
    b) Hantarkan salinan borang yang diimbas (scanned) melalui e-mel permitquery@span.gov.my

 

 Untuk sebarang pertanyaan berhubung permohonan Permit IPA Jenis B, C, D dan E, sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Tarif di talian 03-8317 9500 atau e-mel permitquery@span.gov.my


Permohonan permit

1.      Permohonan permit hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem e-Permit. Permohonan secara manual di kaunter permit atau melalui pos tidak lagi diterima. 

2.      Permohonan permit melalui sistem e-Permit hanya terpakai bagi Permit IPA Jenis B, C, D dan E. Permohonan bagi Permit IPA Jenis A1 dan A2 hendaklah dikemukakan kepada Agensi Perakuan*di negeri masing-masing.

*Agensi Perakuan: Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), Jabatan Bekalan Air Labuan (JBA Labuan), Lembaga Air Perak (LAP), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP), Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (RSAJ), Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP), Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). 

3.      Permohonan pembaharuan permit hendaklah dikemukakan dua (2) bulan sebelum tamat tempoh permit sedia ada.

4.      Tempoh pemprosesan bagi permohonan baru/pembaharuan ialah 14 hari dari tarikh permohonan.


Pembayaran fi

1.      Pembayaran fi hendaklah dibuat secara online melalui Kad Kredit atau FPX melalui akaun B2C sahaja.

2.      Fi proses hendaklah dijelaskan semasa permohonan dikemukakan manakala fi pemberian permit hendaklah dijelaskan setelah kelulusan diberikan berdasarkan tempoh permit yang diluluskan.

3.      Fi yang perlu dibayar adalah berdasarkan kategori permit sebagaimana yang dinyatakan di dalam senarai semak permohonan permit.

4.      Sekiranya sistem memaparkan mesej “Waiting bank confirmation”, pemohon perlu menunggu sehingga 24 jam sebelum dibenarkan melakukan pembayaran semula atau status bertukar kepada successful.


Cetakan permit

1.      Sijil permit tidak lagi dicetak dan dikeluarkan secara manual oleh SPAN. Sijil permit maya (virtual certificate) hendaklah dicetak sendiri oleh pemohon melalui sistem e-Permit. 

2.      Cetakan virtual certificate hanya boleh dibuat setelah pembayaran fi pemberian dijelaskan.

3.      Cetakan virtual certificate boleh dibuat secara berulang kali tanpa jumlah had cetakan.


Penggantian permit

1.      Permohonan penggantian permit berserta bayaran fi penggantian hendaklah dibuat secara atas talian.

2.      Penggantian permit adalah terpakai bagi pertukaran nama syarikat tanpa melibatkan perubahan entiti atau pertukaran alamat perniagaan.


Makluman umum

1.      Garis Panduan Dan Tatacara Permohonan Baharu Dan Pembaharuan Permit IPA Jenis B, C, D dan E boleh dimuat turun sebagai panduan berkaitan permohonan permit.

2.      Permit adalah sah untuk tempoh 1, 2 atau 3 tahun tertakluk kepada kelulusan SPAN.

3.      Pemohon/Pemegang Permit IPA Jenis C (Bekalan Air) dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang individu samada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat/Pemilik Perniagaan/Pengurus Teknikal untuk menghadiri Kursus Ulangkaji Permit C (Paip & Retikulasi) Sistem Bekalan Air mulai 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2021. Sijil kehadiran kursus ini hendaklah disertakan sebagai dokumen sokongan semasa mengemukakan permohonan Permit IPA Jenis C (Bekalan Air). Kegagalan menghadiri kursus ini boleh mengakibatkan permit sedia ada dibatalkan dan tidak boleh diperbaharui lagi.


Diterbitkan pada: 08 Jan, 2018