Fungsi Suruhanjaya

Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) memperuntukkan fungsi Suruhanjaya seperti yang berikut:

  1. Menasihati Menteri tentang segala perkara berhubung dengan objektif dasar kebangsaan bagi undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembentungan dan melaksanakan dan memajukan objektif dasar kebangsaan itu;
  2. Melaksanakan dan menguatkuasa undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembentungan dan menimbang dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembentungan;
  3. Memastikan daya pengeluaran industri perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan dan memantau pengendali mematuhi standard perkhidmatan yang ditetapkan, obligasi kontrak dan undnag-undang dan garis panduan yang berkaitan;
  4. Menambah usaha persepadu ke arah peningkatan kecekapan pengendalian industri itu dan secara khususnya pengurangan Air Tidak Terhasil melalui program jangka pendek, jangka pertengahan, jangka panjang;
  5. Menasihati Menteri tentang mekanisma yang adil dan cekap bagi menentukan tarif yang adil kepada kedua-dua pengguna dan pemegang lesen dan melaksanakan tarif yang telah ditetapkan melalui mekanisme dan alat yang sesuai:
  6. Memastikan matlamat pembangunan Negara berkenaan dengan liputan, pembekalan dan akses kepada perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan tercapai;
  7. Memastikan pengekalan kualiti air dan perkhidmatan pembentungan secara jangka panjang melalui pembangunan modal kerja yang berterusan;
  8. Merumuskan dan melaksanakan rancangan supaya semua permintaan yang munasabah bagi perkhidmatan pembentungan dipenuhi dan melalui perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan,menyediakan satu rancangan kawasan tadahan pembentungan yang merumuskan dasar dan cadangan am berkenaan dengan pembangunan apa-apa sistem pembentungan yang baru dan langkah-langkah bagi pembaikan mana-mana sistem pembentungan yang sedia ada;
  9. Menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
  10. Menasihati Menteri secara amnya mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembentungan.


Diterbitkan pada: 28 Dec, 2017