Lawatan kerja YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; Dr Xavier Jayakumar


Image may contain: 17 people, people smiling, people standing and suit


SPAN berbesar hati menerima lawatan kerja buat pertama kali oleh YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; Dr Xavier Jayakumar pada 12 Disember 2018 yang lalu.

Melalui lawatan kerja tersebut, SPAN telah berkongsi halatuju Suruhanjaya bersama YB Menteri dan juga sebaliknya di mana YB turut berkongsi aspirasi beliau berkenaan bagaimana industri perkhidmatan air dapat ditambah baik dan ruang yang boleh diterokai SPAN ke arah melaksanakan tugas sebagai Suruhanjaya dengan lebih tuntas dan efisien.


Hadir menyambut kedatangan YB Menteri serta mengetuai kumpulan pengurusan SPAN pada sesi lawatan tersebut adalah Pengerusi SPAN; YB Charles Santiago.



Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook SPAN di https://www.facebook.com/span.my

 





SHARE THIS ARTICLE