Majlis Penyerahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau (SEN330) Modul 3, Kuala Sawah



Sekitar Majlis Penyerahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau (SEN330) Modul 3 di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang berlangsung hari ini.

Dengan infrastruktur baharu ini, kapasiti kemampuan loji di Kuala Sawah telah dipertingkatkan dari 240,000 penduduk setara kepada 360,000 penduduk setara. Projek yang bermula pada 2016 ini telah siap lebih awal dari jangkaan.

Kementerian dan SPAN akan terus komited dalam melaksanakan apa jua yang perlu dalam menyediakan kemudahan air yang lebih baik untuk kesemua pengguna namun pada waktu yang sama akan terus berkempen agar kemudahan air dihargai dan digunakan secara berhemat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook SPAN di https://www.facebook.com/span.my





SHARE THIS ARTICLE