1. Permohonan Permit IPA Jenis A1 dan A2 – Klik di sini
2. Nota Panduan Mengisi Borang Online Bagi Permohonan Permit A – Klik di sini
3. Garis Panduan Permohonan Permit IPA Jenis A - Klik di sini
4. Senarai Semak Permohonan Permit IPA Jenis A Melebihi 75 tahun - Klik di sini
5. Permohonan Permit IPA Jenis A1 atau A2 hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem eCLAPS. Permohonan secara manual melalui Agensi Perakuan tidak lagi diterima.
6. Tempoh pemprosesan bagi permohonan Permit IPA Jenis A1 dan A2 ialah tiga (3) hari
bekerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan.
7. Jenis permohonan pembaharuan dimansuhkan dan fi yang perlu dibayar adalah seperti dalam jadual
di bawah:
No. | Jenis Fi | Permit A1 (RM) bagi setiap negeri | Permit A2 (RM) bagi setiap negeri |
1. | Fi pemprosesan permohonan permit | 30 | 30 |
2. | Fi permit | 80 setahun | 150 setahun |
8. Pembayaran fi pemprosesan permohonan dan fi permit hendaklah dibuat secara online menggunakan Kad Kredit, FPX, Touch N Go atau Boost bersekali dengan permohonan.
9. Permit adalah sah untuk tempoh 1, 2 atau 3 tahun tertakluk kepada kelulusan SPAN.
10. Sijil permit dan kad tukang paip tidak lagi dicetak dan dikeluarkan secara manual oleh SPAN. Sijil permit maya (virtual certificate) hendaklah dicetak sendiri oleh pemohon melalui sistem eCLAPS setelah kelulusan diberikan.
11. Cetakan virtual certificate dan resit bayaran boleh dibuat secara berulang kali tanpa had cetakan.
12. Permohonan perubahan dalam butir-butir pemegang permit berserta dengan bayaran fi boleh dibuat secara dalam talian. Perubahan hanya melibatkan pertukaran nama pemegang permit (kesilapan ejaan) atau alamat pemegang permit.
Untuk sebarang pertanyaan berhubung permohonan Permit IPA Jenis A1 dan A2, sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Tarif di talian 03-8317 9500 atau e-mel permitquery@span.gov.my
1. Permohonan Baru Lesen Kelas – Klik di sini
2. Permohonan Pendaftaran Semula (Pembaharuan) Lesen Kelas – Klik di sini
3. Nota Panduan Mengisi Borang Online Bagi Permohonan Lesen Kelas – Klik di sini
4. Permohonan Lesen Kelas hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem eCLAPS. Permohonan secara manual melalui kaunter atau pos tidak lagi diterima.
5. Tempoh pemprosesan bagi permohonan Lesen Kelas ialah 21 hari bekerja daripada
tarikh permohonan online dikemukakan.
6. Fi pendaftaran Lesen Kelas sebanyak RM500 bagi setiap loji hendaklah dijelaskan setelah
permohonan diluluskan. Pemohon akan dimaklumkan berhubung kelulusan melalui e-mel. Pembayaran fi hendaklah dibuat secara online menggunakan Kad Kredit, FPX, Touch N Go atau Boost.
7. Notis Pendaftaran Lesen Kelas tidak lagi dicetak dan dikeluarkan secara manual oleh SPAN. Notis Pendaftaran Lesen Kelas maya (Virtual Notice) hendaklah dicetak sendiri oleh pemohon melalui sistem eCLAPS setelah bayaran fi pendaftaran dijelaskan.
8. Pendaftaran Lesen Kelas adalah sah untuk tempoh 3 tahun.
9. Cetakan virtual notice dan resit bayaran boleh dibuat secara berulang kali tanpa had cetakan.
10. Permohonan perubahan butiran notis pendaftaran Lesen Kelas berserta dengan bayaran fi
boleh dibuat secara dalam talian.
11. SPAN akan melaksanakan lawatan tapak bagi memeriksa keadaan sistem bekalan air atau sistem pembetungan persendirian di premis pemegang Lesen Kelas selepas Lesen Kelas didaftarkan.
Untuk sebarang pertanyaan berhubung permohonan Lesen Kelas, sila hubungi Bahagian Pelesenan dan Tarif di talian 03-8317 9500 atau e-mel permitquery@span.gov.my
Diterbitkan pada: 12 Oct, 2021