Terdapat dua jenis lesen di bawah AIPA:
- Pemilik sistem bekalan air awam atau pemilik pembetungan awam atau sesiapa yang mengendalikan sistem bekalan air atau sistem pembetungan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan air terawat atau pembetungan kepada orang awam, dikehendaki untuk memohon lesen individu yang diluluskan oleh Menteri atas syor SPAN; dan
- Pemilik sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian atau mana-mana bahagian sistem atau sesiapa yang mengendalikan sistem bekalan air persendirian, atau sistem pembetungan persendirian untuk tujuan menyediakan perkhidmatan air terawat atau pembetungan kepada pemilik atau penghuni premis untuk kegunaan peribadi mereka, hanya diperlukan untuk mendapatkan Lesen Kelas melalui pendaftaran yang diluluskan oleh Menteri berdasarkan kriteria umum yang telah ditetapkan.
Dibawah setiap jenis akan terdapat pelbagai kategori lesen yang akan dikeluarkan seperti yang berikut:
- Lesen kemudahan - mana-mana orang yang memiliki sistem bekalan air, atau sistem pembetungan, dan / atau mana-mana bahagian sistem;
- Lesen perkhidmatan - mana-mana orang yang mengusahakan, menyediakan dan/atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air atau perkhidmatan pembetungan.
Diterbitkan pada: 28 Dec, 2017