Pembekal yang membekalkan kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan (secara keseluruhan dinamakan sebegai produk) untuk digunakan dalam perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan labuan, dikehendaki menyenaraikan dan mendaftarkan produknya dengan SPAN.
Penyenaraian dan pendaftaran dengan SPAN hendaklah dibuat sebelum produk yang standard dibekalkan untuk tujuan pemasangan, pengunaan atau pengoperasian dan kegagalan untuk membekalkan produk yang standard merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 129 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].
In exercise of the powers conferred by Section 180 of the Water Services Industry Act 2006 [Act 655], SPAN forms the Water Services Industry (Water Reticulation and Plumbing) Rules 2014.
Seksyen 129, AIPA 2006
Seseorang yang menggunakan atau membekalkan apa-apa kelengkapan, peranti, bahan atau kemudahan yang tidak standard yang diketahuinya atau yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai adalah kelengkapan, peranti, sistem atau kemudahan yang tidak standard untuk digunakan bagi tujuan memasang, menjalankan atau mengendalikan kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa dokumen yang berupa suatu perakuan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa yang memperakukan bahawa mana-mana kelengkapan, peranti atau bahan tertentu yang tidak standard hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan di dalamnya sehingga dibuktikan sebaliknya.