Kenyataan Media / Siaran Segera

Date: 09 Disember 2016
_____________________

 

PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL PERUNTUKAN YANG DIPEROLEH OLEH SYARIKAT AIR PERLIS SDN BHD (SAP)

 

Cyberjaya – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ingin merujuk kepada artikel yang telah disiarkan dalam theSun bertarikh 08 Disember 2016 mengenai Negeri Perlis memerlukan peruntukan yang besar untuk menstabilkan bekalan air bagi jangka masa panjang.

 

SPAN ingin menjelaskan bahawa pinjaman sebanyak RM4.1 juta yang diperoleh oleh Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP) seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut bukanlah diluluskan oleh SPAN. Peruntukan tersebut diberikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi tujuan program pengurangan kadar Air Tidak Berhasil (NRW).

 

SPAN sebagai badan kawal selia perkhidmatan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bertanggungjawab memantau prestasi operator-operator air yang diberikan lesen termasuk SAP melalui pelan perniagaan yang dikemukakan kepada SPAN. Oleh yang demikian, sebarang dana atau peruntukan yang diberikan adalah bergantung pada pelan perniagaan operator tersebut.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

 

-TAMAT-





SHARE THIS ARTICLE