Permit berasingan adalah diperlukan oleh seseorang yang berhasrat untuk menjalankan mana-mana kerja berikut di bawah Seksyen 50, AIPA dan Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Permit) 2007.
- Permit IPA Jenis A (tukang paip air) untuk menjalankan apa-apa pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan paip air dan kelengkapan air yang akan membawa air daripada sesalur awam utama; atau
- Permit IPA Jenis B (tukang paip pembetung) untuk menjalankan apa-apa kerja yang perlu untuk menyambung paip sambungan persendirian ke pembetungan atau tempat rawatan kumbahan; atau
- Permit IPA Jenis C (kerja-kerja kontraktor) untuk pembinaan, pemasangan atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau
- Permit IPA Jenis D (kontraktor operasi & penyenggaraan) untuk menjalankan perkhidmatan penyenggaraan satu sistem bekalan air atau sistem pembetungan tetapi tidak melibatkan operasi sistem itu; atau
- Permit IPA Jenis E (kontraktor nyah enap cemar) untuk menjalankan, menyediakan atau mengadakan perkhidmatan nyah enap cemar pembetungan
Diterbitkan pada: 29 Dec, 2017