Pernyataan Polisi Integriti Dan Anti Rasuah SPAN


PERNYATAAN POLISI INTEGRITI DAN ANTI RASUAH SPAN

 

SPAN sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air mengamalkan Toleransi Sifar terhadap amalan rasuah atau 

segala aktiviti berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa dalam melaksanakan kawal selia serta operasinya.

 

SPAN tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak tegas bagi membanteras rasuah atau aktiviti berunsurkan rasuah serta

salah guna kuasa bagi memastikan kawal selia yang adil, berkesan dan telus.

 

SPAN komited untuk :-

 

(a)      Mewujudkan budaya berintegriti dan ketelusan di tempat kerja serta mengadakan dan menambahbaik program integriti

dan anti-rasuah secara berterusan;

 

(b)      Memastikan semua warga SPAN, pemegang lesen, ejen yang dilantik dan pembekal adalah bertanggungjawab dalam

mematuhi undang-undang anti-rasuah serta peraturan sedia ada;

 

(c)      Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan mengenai aktiviti rasuah serta salah guna kuasa menerusi

Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing Policy);

 

(d)      Memberi kerjasama penuh kepada agensi anti-rasuah iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam

membendung amalan rasuah di dalam organisasi SPAN, ejen yang dilantik, pihak yang dikawal selia, pembekal dan

mana-mana pihak yang berurusan dengan SPAN; dan

 

(e)      Mengambil tindakan selaras dengan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang

anti-rasuah atau tidak mematuhi polisi ini.


-TAMAT-





SHARE THIS ARTICLE