Program membersihkan Sungai Selangor di kawasan Kampung Kuantan


Image may contain: 30 people, people smiling, people standing and outdoor


Warga SPAN dengan kerjasama badan konservasi Inspirasi Kawa dan Persatuan Pendayung-Pendayung Kelip-Kelip Kampung Kuantan telah menjalankan usaha membersihkan Sungai Selangor dari pencemaran sampah di kawasan Kampung Kuantan pada 8 Disember 2018 yang lalu.

Usaha yang disertai 31 warga SPAN dan ahli keluarga tersebut telah berjaya mendaratkan lebih 80kg sampah yang rata-ratanya merupakan bahan plastik pelbagai saiz.


Usaha sebegini perlu diteruskan agar kebersihan sungai sebagai sumber air mentah utama di Malaysia dapat dipelihara dan seterusnya menambah baik kualiti air untuk kegunaan umum.



Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook SPAN di https://www.facebook.com/span.my


 





SHARE THIS ARTICLE