Program OUTREACH SPAN Seberang Jaya, Pulau Pinang


Image may contain: 1 person, smiling


Sekitar program OUTREACH SPAN secara anjuran bersama Bahagian Pembangunan Industri SPAN dan Pejabat SPAN Wilayah Utara di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.

Program ini menerima sejumlah hampir 100 peserta dari pelbagai latar belakang antaranya dari CIDB, REHDA, IEM, Persatuan Arkitek, warga operator air dan kontraktor.

Pada sesi tersebut, lima (5) kertas dibentangkan meliputi perihal ratikulasi air & pemasangan paip, perancangan & reka bentuk pembetungan, pematuhan produk, SPPCA dan 1 kertas dibentangkan oleh wakil CIDB berkenaan pematuhan Akta CIDB 520.

Sesi perkongsian maklumat seperti ini akan diteruskan bagi menyediakan pemain industri yang kompeten melalui pendedahan maklumat secara berterusan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook SPAN di https://www.facebook.com/span.my





SHARE THIS ARTICLE