Wacana Sinar berkenaan isu Konservasi Air, Karangkraf, Shah Alam 18 Disember 18


Image may contain: 4 people, people smiling


Wacana Sinar berkenaan isu Konservasi Air yang berlangsung di Karangkraf, Shah Alam pada 18 Disember 2018.


Pada sesi yang menemukan YB Menteri Air, Tanah & Sumber Asli, SPAN dan Malaysian Water Association (MWA) ini pelbagai isu berkenaan konservasi diperkatakan. Dari aspek pendidikan, kesedaran, kecekapan penggunaan air, ruang meneroka kaedah baharu, alternatif sumber air dan tarif disentuh secara langsung.


SPAN selaku badan kawal selia amat komited dalam mengajak pengguna untuk menghargai sumber air bersih melalui penggunaan berhemat dan pada waktu yang sama berusaha bersama pihak Kementerian dan operator untuk memastikan kualiti air yang menepati piawai dapat dinikmati pengguna secara lestari.




Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook SPAN di https://www.facebook.com/span.my





SHARE THIS ARTICLE